nak jadi senior bukan senang..kitorang terpaksa melalui 5 ujian dan perlu lulus…andainya gagal x merasa la leftenan muda…huhu

hari yang penuh menyiksakan…5 ujian dalam 1 minggu…macam2 dugaan terpaksa diharungi…akhirnya kitorang berjaya jugak…

ujian2 yang kitorang perlu ambil:

1. kawad statik dan kawad senjata

2.training exercise without troop

3.ujian baca peta

4.ilmu medan perang

5.ujian data taktik dan data teknik senjata M16,launcher,carl gustav,mortar 80mm dan 60mmp1010493

p1010534

waktu untuk bersuka ria..baru terasa nikmat mandi…agak2 da 8 hari kitorang x mandi time annual camp kat felda sungai tengi…macam2 peristiwa pahit manis kitorang tempuh sama2…tp itulah yang mengeratkan ikatan kitorang…da mcam adik beradik…susah senang bersama2..menangis..ketawa…

disebabkan cuti xmas…ramai pulak member palapes yang laen balik kampung, so saki baki kitorang seramai 9 orang merancang aktiviti yang tak gempak mana p mandi sungai kat Ulu Yam…janji pnya janji dari kul 9 am sampai 4 pm baru kitorang gerak…tu belom kira nak p beli megi, tayar bocor…last2 sampai la dalam kul 6pm

first time aku pegi…rupanya2 menarik jugak tempat nie…tp yang x bestnyer ramai pulak orang..mane2 pom ader orang mandi…lama punya carik akhirnya jumpalah satu port baeek punya tuk kitorang jek…aper agi..bukak baju, seluar dum! pergh…sejuk bangat seyh..nyaman…

lebih kurang 1/2 jam, perut mula terasa lapar…time nie lah kitorang menunjukkan bakat memasak…amik mistin, amik cookers, masak ramai2…megi berlaukan air sungai…hehehe…sebelom kitorang balik sempat buat tarian hakka dalam air tapi aku x rakam…tp hari tu memang best…enjoy sakan walaupom balik meredah hujan lebat…p1010622p1010638

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

darwinSebuah buku ilmiah sains yang ditulis oleh Harun Yahya bertajuk ‘The EVOLUTION Deceit’ adalah jawapan kepada kebodohan teori evolusi yang menolak ketuhanan.

Seorang saintis moden, Albert Einstein pernah berkata:”Saya tidak mengiktiraf kebijaksanaan seorang saintis yang tidak mempunyai keimanan yang mendalam. Situasi ini dapat dijelaskan melalui sebuah gambaran iaitu; sains tanpa agama adalah pincang.”

Darwin dan khayalan

Manusia yang mengemukakan teori evolusi ialah Charles Robert Darwin, seorang naturalis amatur.

Darwin bukan merupakan ahli biologi yang menerima pendidikan secara formal. Dia hanyalah seorang manusia yang meminati alam semulajadi dan kehidupan. Bagaimana Darwin berimaginasi untuk menemukan satu teori yang dinamakan evolusi di mana teori tersebut tiada walau sedikit nilai Sains moden.

Akibat minat Darwin telah menjadi sukarelawan sebuah ekspedisi di atas sebuah kapal H.M.S Beagle yang dirancangkan di England pada 1832 dan mengembara mengelilingi beberapa kawasan seluruh dunia selama lima tahun. Semasa pelayaran inilah Darwin berperang dengan khayalan dan imaginasinya. Melihat akan keajaiban haiwan-haiwan yang hidup di pelbagai habitat, Darwin membuat konklusi dangkal mempelopori ide variasi yang berlaku pada haiwan-haiwan adalah disebabkan oleh adaptasi mereka terhadap habitat. Darwin berpandangan bahawa haiwan-haiwan yang pelbagai ini asalnya diciptakan hanya satu dan kemudian berkembang biak dengan rupa yang berbeza disebabkan oleh keadaan semulajadi.

Hipotesis Darwin ini hanyalah khayalan dan imaginasi semata-mata, tidak berdasarkan kepada mana-mana penemuan atau eksperimen sains. Bagaimanapun teori tersebut menjadi berpengaruh hasil sokongan dan dorongan yang diterima daripada ahli-ahli biologi materialis yang terkenal pada masa tersebut. Menurut Darwin lagi: “Manusia merupakan hasil termaju mekanisme ini.”

Seorang ahli biologi Perancis, Larmarck turut menyokong teori Darwin. Larmarck menyokong dengan turut mengemukakan khayalannya terhadap zirafah yang berasal dari rusa. Akibat memanjangkan lehernya untuk mencapai dahan-dahan yang lebih tinggi untuk mendapatkan makanan dari generasi ke generasi menjadikan spesis lain bernama zirafah. Lihatlah betapa teori bodoh Larmarck ini hanya sesuai sebagai pembohongan.

Melalui teori tersebut Darwin menyatakan bahawa manusia berkembang dengan asal dari beruk. (Apakah anda tidak merasa marah atau terhina?) Ini disebabkan manusia memiliki sifat-sifat yang ada pada beruk dan perbezaan warna kulit manusia turut berbeza kerana proses pertukaran itu masih belum berakhir.

Bagaimanapun Darwin sendiri mengakui akan kesukaran teori evolusi beliau akan mampu menjadi wacana terbaik. Ini dinyatakan sendiri di dalam sebuah karyanya yang berjudul: “The Origin of Species, By Means of Natural Selection”:1859, di dalam bab “Difficulties of the Theory.” Darwin berharap agara ada penemuan terbaru yang bakal menyokong teorinya; sedangkan penemuan-penemuan tersebut bersifat pelbagai.

Selain mendapat sekongan teori cetusan Darwin turut mendapat tentangan. Seorang ahli fizik Amerika, Lipson membuat komentar terhadap Darwin.

“Ketika membaca The Origin of Speceis, saya mendapati Darwin sendiri tidak yakin dengan apa yang dikatakannya seperti yang sering ditonjolkan: sebuah bab bertajuk “Difficulities of the Theory” sebagai contoh, menunjukkan keraguan yang nyata. Sebagai seorang ahli fizik saya amat hairan dengan komentar beliau tentang bagaimana mata diterbitkan.”

Darwin dan Larmarck telah melakukan kesilapan yang amat besar apabila hidupan hanya dikaji dengan teknologi yang amat primitif dan amat tidak mencukupi. Sambil itu lapangan sains genetik dan biokimia belum pun wujud. Sedangkan teori mereka bergantung penuh hanya semata-mata kepada khayalan mereka.

Beberapa penemuan seperti ilmu sains genetik, penemuan struktur gen dan kromosom, DNA pada 1950 telah meletakkan teori Darwin pada kedudukan sangat bodoh. Kemajuan-kemajuan hasil penemuan baru sians itu sepatutnya telah menyebabkan teori Darwin dibakulsampahkan daripada sejarah. Bagaimanapun masih ada golongan yang cuba menyemak semula sekaligus cuba untuk menjadikan teori Darwin masih diterima. Teori ini menimbulkan tanda tanya apabila dipertahankan adakah untuk kepentingan ideologi?

Kalaulah anda rasa anda hasil dari beruk, percayalah pada khayalan Darwin! seorang manusia zaman lampau yang tiada pendidikan biologi secara formal memperkenalkan khayalannya…

Neo-Darwinisme

Neo-Darwinisme adalah satu teori bodoh yang dihasilkan bagi menyokong teori-teori khayalan evolusi ciptaan Darwin. Orang yang bertanggung jawab terhadap neo-darwinisme (neo-darwinis) adalah sekumpulan saintis yang setia dengan Darwin, meskipun teori khayalan Darwin menghadapi krisis yang hebat akibat penemuan undang-undang genetik pada awal suku kurun ke 20.

Melalui teori mereka itu, mereka juga cuba membuktikan bahawa organisma hidup yang pertama telah terbentuk secara tidak sengaja di bawah keadaan bumi primitif. Tetapi teori ini juga menerima nasib yang malang kesan kegagalan-kegagalan yang menimpa eksperimen mereka. Kegagalan mereka untuk membuktikan bahawa hidupan terjadi dengan sengaja atau secara kebetulan tidak akan dapat dibuktikan meskipun eksperimen-eksperimen itu dilakukan pada zaman kini dan menggunakan peralatan makmal yang paling canggih. Justeru mereka memperlihatkan kegagalan dan dalam masa yang sama; kebodohan.

Jelasnya selain para saintis mengemukakan pandangan hasil daripada kajian mereka untuk menunjukkan kegagalan teori Darwin, para Ilmuan Islam dengan mudah menyangkal kenyataan Darwin berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Islam itu sendiri. Mustahil sesuatu terjadi dengan tiada pencipta. Malah seseuatu yang terjadi secara sengaja dan kebetulan tidak selalunya berulang-ulang, sedangkan kelahiran manusia, peredaran cakerawala, siang dan malam, pasang surut air laut gerhana dan sebagainya terjadi dengan teratur. Pastinya ada kuasa yang mengatur dan mengawal semuanya. Justeru tidaklah menjadi suatu yang ampuh sekiranya teori Darwin masih boleh diterima.

Primitifnya Darwin!

Sememangnya tidak dinafikan sewakti Darwin mengemukakan teori evolusinya disiplin genetik, mikrobiologi dan biokimia masih belum wujud. Ada yang berpandangan sekiranya semua disiplin saintifik itu telah wujud pastinya Darwin tidak berhasrat untuk mengemukakan teori dan pandangan yang tidak berguna itu. Tambahan pula dunia sains zaman itu terlalu primitif, pengetahuan yang cetek tentang struktur dan fungsi-fungsi sel.

Namun ada baiknya juga. Dengan khayalan Darwin itu telah lahir tokoh-tokoh pengkaji dan para saintis pasca penerimaan Darwinisme. Yang peliknya ada juga di kalangan saintis yang menyokong penuh, malah berusaha untuk memastikan teori itu mampu diyakini masyarakat dunia. Hakikatnya manusia yang celik sains dan terdedah dengan ajaran Islam tidak sesekali menerima ideologi Darwin itu.

Sekurang-kurangnya dengan adanya pengunggul yang menjadi pengkaji -mencari kebenaran di jalan yang salah- dari kalangan penyokong Darwin itu, dunia akan terus dihantui oleh khayalan Darwin yang hanya sesuai di zamannya; sedangkan patut dibakulsampahkan pada zaman kemajuan kini.


 

 

rangking-u-malaysia

Walaupon dah lama list ranking nie dikeluarkan, tapi aku rasa ramai lagi yang tak mengetahuinya.

Malaysian varsities not in top 100 lists,nampaknya tiada satu pun universiti di Malaysia ini yang berada di tangga 100 teratas.Mahupun top 200.

Universiti-universiti ulung seperti Cambrigde,Harvard dan Oxford masih lagi berada di tangga teratas.Mungkin kita patut kecilkan sedikit skop pemerhatian kita dengan melihat senarai universiti Asia Tenggara pula.Ada dua universiti Singapura berada di kedudukan top 100.
Bagi senarai Asia,universiti-universiti daripada Jepun,China,Korea Selatan dan Taiwan berada di kedudukan top 100 dan top 200.
 Bagaimana pula dengan dua universiti Malaysia yang sebelum ini berada di top 200?Jika sebelum ini UKM daripada tangga 185 tapi kali ini jatuh ke tangga 309 dan UM daripada 192 ke tangga 246.Dan kini USM berada di tangga 307 dan UPM di tannga 364.

Jika dahulu para mahasiswanya dahagakan ilmu pengetahuan di universiti,kini mereka dahagakan keseronokkan.Jika dahulu universiti tempat mencari jati diri atau membina jati diri,kini unversiti tempat mencari marka.Tepuk dada,tanyalah diri.Alahai,apalah nasib diri…

 

 

 

1.tahun 2005 merupakan tahun yang telah dipersetujui oloh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai   tahun fizik sedunia

2.Isaac Newton pada asalnya menakrifkan daya sebagai kadar perubahan momentum terhadap masa…haha

3.albert Einstein amat terkenal dengan teori kerelatifannya sedangkan beliau dianugerahkan Anugerah Nobel kerana peneragannya terhadap kesan fotoelektrik.

4.jika anda melihat medan magnet Musytari dari Bumi, ia akan kelihatan 5 kali lebih besar dari bulan mengambang

5.Max Plan memperkenalkan sistem pengukuran hanya berdasarkan unit asas

adegan_film_pocong_3-20070930-005-wawanKajian sains kuantum dapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada cahaya

FILEM Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita – hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.

Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas.

Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!

Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.

Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.

berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian.

Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang ‘tidak sihat’ mampu memberikan kesan terhadap ‘animasi kehidupan’ seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.

“Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin

bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu.

Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih

 untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa

Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri.

Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar

“Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar

Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia

Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya

Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif

Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka

Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian

Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya ‘pejal’ menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin

kepada sifu2 ku di UM…sempena da hbs pengajianku sem nie aku ingin mengucapkan trimas kepada kalian kerana banyak memberi tunjuk ajar kepadaku untuk menjadi seorang ahlik fizik(poyo) yang berjaya kelak…

jasa kalian tidak akan aku lupakan…terutamanya time vaiva…cuak gile kena tanya soalan ngan sifu2ku…nasib baek banyak tolong bg hint…lau x mesti xdapat jawab…p1010434

albert-einstein-1 time ini ngah exam…tengah2 duk study tu tibe2 terfikir la pulak aku…siapa yang cipta rumus2 ni..mesti einstein punya keja…kalau dia takde x de la susah sangat aku nak study…nak faham konsep satu hal…aduih~

siapa dia einstein? siapa dia bagi fizik? hebat sangat ke?

teori yang paling aku benci adalah teori relativitasnya…argh!! aku jerit sebab aku x wape paham ngan teori dia ni…ntah pape la…senang citer aku ringkaskan tentang teori nie ea…

teori nie macam nie…aku mudahkan je la…jika anda study satu minit rasanya seperti satu jam..tetapi jika anda duduk dengan gadis cantik selama satu jam rasanya seperti satu minit…itulah relativitasnya…

satu agi konsep einstein yang paling aku kagum adalah tentang E=MC2…aku mula mengenali einstein dengan persamaan ni la…orang cakap persamaan ni la punca bidang fizik berkembang…aku pom xtau

TIME pada tahun 2000 telah menanugerahkan gelaran THE PERSON OF CENTURY a.k.a manusia abad ini…kenapa pulak dia dianugerahkan gelaran ni? sedangkan da lame dia meninggal…mybe anugerah nie dapat menjawab betapa pentingnya einstein dalam bidang fizik

sambung study!

lhcGENEVA- Berita baik setakat ini, dunia masih belum kiamat walaupun sekumpulan saintis semalam melakukan ujian pertama Letupan Besar atau dikenali sebagai Big Bang yang menyebabkan terbentuknya alam semesta seperti Bumi.

Saintis-saintis itu bersorak kegembiraan di sebuah bilik kawalan Pertubuhan Untuk Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) di Geneza, Switzerland selepas satu pancaran partikel proton berjaya dilakukan dalam terowong sepanjang 27.36 kilometer di sempadan Perancis-Switzerland.

Sebelum ini terdapat kebimbangan di kalangan beberapa pihak bahawa ujian terbesar dalam sejarah fizik itu akan mewujudkan lohong gelap gergasi sekali gus menelan Bumi. Bagaimanapun, ujian pertama itu hanya melibatkan tembakan pancaran cahaya partikel proton bersaiz sehelai rambut manusia.
Ujian di bawah tanah yang lebih besar akan tetap dilakukan selepas ujian kecil itu.

“Lima, empat, tiga, dua, satu, tiada apa-apa berlaku,” kata ketua ujian itu, Dr. Lyndon Evans dengan nada berseloroh ketika mesin pemecut jirim terbesar di dunia iaitu Large Hadron Collider dihidupkan.

Beliau menyatakan demikian sejurus satu kerlipan muncul di skrin komputer yang memberi petunjuk bahawa mesin tersebut berjaya dihidupkan. Usaha bertahun-tahun para saintis selama ini akhirnya membuahkan hasil.
Ujian pertama dengan menggunakan mesin bernilai AS$3.8 bilion (RM13.1 bilion) itu dilakukan pada pukul 9.32 pagi waktu tempatan (3.32 petang waktu Malaysia).

Mesin itu dibina sejak 2003 dan ditempatkan di dalam sebuah terowong 100 meter di bawah tanah. Ujian yang dilakukan oleh CERN itu ditunggu-tunggu oleh 9,000 ahli fizik di seluruh dunia.

Projek itu menarik penyertaan sejumlah penyelidik daripada 80 buah negara di seluruh dunia.

Seramai 1,200 penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) turut menyertai ujian itu di mana negara tersebut menyumbang wang sebanyak AS$531 juta (RM1.8 bilion).

Jepun juga turut menjadi penyumbang utama dalam projek itu. Ujian itu juga mendapat sokongan ahli fizik terkenal dari Britain, Profesor Stephen Hawking yang kini lumpuh kerana menghidap penyakit saraf.

Ketua Jurucakap CERN, James Gillies berkata: “Kita memulakan ujian dalam kuantiti yang kecil.”

“Kami memulakan ujian dengan satu cahaya berpadu yang berkuasa rendah.
“Kami memperoleh pengalaman dengan kuasa rendah dan kemudian kami akan meningkatkannya selepas mengetahui kemampuan mesin itu,” jelasnya.
Bagaimanapun, katanya, perkara paling berbahaya yang boleh terjadi adalah jika satu pancaran pada kuasa maksimum gagal dikawal. Beliau berkata, jika keadaan itu berlaku, mesin pemecut itu boleh rosak atau runtuh ke dalam terowong.

Projek itu dimulakan sejak 30 tahun lalu tetapi mengalami beberapa halangan termasuk masalah kos tinggi. Mesin itu direka untuk menghentam dua proton iaitu partikel yang terkandung dalam satu-satu atom pada kelajuan hampir menyamai pergerakan cahaya iaitu 300,000 kilometer sesaat.

Matlamat utamanya ialah mengulangi kejadian Big Bang.
Istilah Big Bang, dicipta oleh seorang saintis Britain, Fred Hoyle pada tahun 1949, merujuk kepada alam semesta yang pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku satu letupan yang kuat kira-kira 13 bilion tahun dahulu.
Hasil daripada letupan itu, angkasa lepas, galaksi dan matahari wujud

disebabkan banyak sangat komen2 yang aku dapat…so aku membuat keputusan untuk mengeditkan balik post nie…

seminggu before exam…mase aku banyak dihabiskan di library UM…seriously aku lansung x dapat fokus lau  terperap dalam bilik..bilik bagi aku tempat tidor, melepak, termenung, maen game dll..

dengan teori2 fizik yang aku kena paham, satu subjek satu hari yang aku amalkan mase zaman sekolah dulu memang dah x boleh dipakai lagi time kat sini…satu muka pom belom tentu dapat faham…

thanks to noyu because sudi temankan aku study kat sane…best, enjoy, santai je study ngan kamu…and da last one…thankx 4 da support

a picture tells a thousand words…ungkapan nie cambest je lau nak menerangkan makna gambar kat bawah nie..tp bg aku x semua perkara tu kite boleh andaikan dengan hanya melihat..

 

squash time with hadi, fanah and noyu

Next Page »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.